Background

Welcome to Sri Durga Parameswari Urumi Melam (SDPUM)

Sri Durga Parameswari Urumi Melam ialah kumpulan muzik tradisional Tamil yang memfokuskan kepada seni persembahan Urumi Melam, sejenis kumpulan muzik yang dicipta oleh Mr lyaroo pada tahun 1999 di Alor Setar, Kedah. Kumpulan ini dinamakan sempena Dewi Durga Parameswari, yang merupakan simbol kekuatan, perlindungan, dan kebijaksanaan dalam tradisi Hindu. Nama itu mencerminkan dedikasi kumpulan itu terhadap aspek agama dan budaya yang mendalam.


About Us

Muzik klasik India merupakan salah satu muzik yang tertua. Muzik India bermula kira-kira abad ke-2 selepas masihi. Di percayai perkembangan muzik India berlaku selepas bangsa Arya bermigrasi ke India kira-kira 1500 SM. Muzik India terus berkembang dan menjadi penting pada abad ke 20 selepas merdeka pada tahun 1947 sebagai simbol keagungan, penghormatan dunia kepada muzik India.
Menurut lagenda, muzik India ini mendapat inspirasi dari pemujaan para dewa dewi. Masyarakat India klasik percaya bahawa dewa Shiwa yang menciptakan suara, irama, dan tari-tarian lalu diturunkan olehnya seseorang yang pandai untuk mengajar masyarakat India. Muzik klasik India merupakan muzik yang berasaskan kepada zikir dan ratib (keagamaan), muzik kuil dan muzik rakyat contohnya Zikir Rig Veda berumur 3000 tahun hanya 3 not. Muzik India berkonsepkan melodi dan irama berbeza dari muzik barat yang berkonsepkan kepada harmoni dan counterpoint. Dalam muzik klasik India, mereka mementingkan improvisasi dalam struktur lagu. Selain itu, skala dalam muzik India juga berbeza dari muzik barat dimana terdapat interval yang lebih kecil dari semiton yang dipanggil sruti(microtone). Dalam satu skala terdapat lebih 20 sruti penggunaan skala dalam muzik India, ia adalah sukar untuk ditranskripsi mengikut notasi barat.
Dalam muzik klasik India, hubungan antara guru dan shisya amat penting dalam cara mereka mempelajari sesuatu muzik. Bagi masyarakat India terdahulu mempelajari muzik berkait rapat dengan hubungan hukum agama, tuhan, falsafah, kerohanian, sosial, ritual dan alam ghaib ini kerana muzik itu adalah sebagai alat yantra dan bhgavatar (sebagai persembahan tuhan). Muzik disampaikan secara aural dan imitasi iaitu pelajar meniru segala apa yang diajar oleh guru dan pendirian guru. Pembelajaran muzik melalui teori dan bacaan tidak dapat memenuhi kehendak dan hakikat sebenar.
Muzik India masuk ke Malaysia semasa imigrasi orang India di zaman penjajahan dan sebelum zaman penjajahan, buktinya sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, raja-raja di Tanah Melayu beragama hindu. Dalam masyarakat India, agama dan muzik berkait rapat kerana muzik adalah satu unsur penting semasa upacara keagamaa


Misi

  • Pemeliharaan Warisan Tradisional: Memastikan seni muzik Urumi Melam terus diwarisi, dipelajari, dan dihargai oleh generasi muda melalui latihan dan pendidikan berstruktur.
  • Promosi Seni Budaya: Mengadakan persembahan muzik di peringkat tempatan, kebangsaan, dan antarabangsa untuk memperkenalkan muzik Urumi Melam kepada masyarakat yang lebih luas.
  • Penglibatan Keagamaan: Memberi sokongan muzik tradisional untuk upacara keagamaan seperti perarakan kuil, sambutan perayaan, dan majlis keagamaan, bagi memupuk suasana kerohanian yang harmoni.
  • Pembangunan Bakat Muda: Menyediakan platform bagi golongan muda untuk mengasah bakat mereka dalam permainan alat muzik tradisional seperti Urumi dan Thavil, serta memahami kepentingan budaya di sebalik seni ini.
  • Perpaduan Komuniti: Membina hubungan erat antara komuniti Tamil dan kaum lain melalui persembahan seni muzik yang menekankan semangat perpaduan dan keharmonian.
  • Inovasi Seni Tradisional: Memperkaya pengalaman muzik tradisional dengan elemen baharu tanpa menjejaskan nilai budaya asal, bagi memastikan relevansi muzik Urumi Melam dalam dunia moden.
  • Fokus Utama: Menjadi pemimpin dalam penganjuran festival Urumi Melam. Menyokong kebangkitan seni tradisional Tamil di Malaysia. Melahirkan generasi pemuzik tradisional yang berkaliber.

Visi

  • Menjadi platform utama dalam memperkasakan seni muzik tradisional Tamil, khususnya Urumi Melam, sebagai warisan budaya yang dihormati dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia dan Peringkat Antarabangsa.